Friday, July 4, 2008

selamat datang bulan REJAB

hari ini bermulanya hari baru dibulan REJAB. sempena menyambut bulan rejab, kami sekeluarga menjalani ibadah puasa sunat rejab. Alhamdullillah, saya dan isteri dapat bersahur dirumah bersama ibu dan ayah mertua. Semoga ALLAH memberi keberkatan kepada kami sekeluarga.

Perjumpaan bersama pelajar praktikal

Hari ini perjumpaan bersama pelajar Praktikal FSR semester 06 pada pukul 9 pagi. Perjumpaan diadakan di LT5 UiTM Perlis. Taklimat praktikal akan di sampaikan oleh Ms Khor serta pensyarah-pensyarah yang membuat lawatan ke tempat praktikal yang telah di tetapkan.

Tuesday, July 1, 2008

My No2 Prince


Perkenalkan si muka manis ni. Syed Qusyairy Shah putera kedua saya yang berusia 1 tahun 6 bulan. Seorang yang 'cool' dan sentiasa mudah tersenyum.



lebai kecik

My No1 Prince



Syed Quwaidir Shah nama diberi. Itulah putera pertama saya yang sudah berusia 4 tahun. Keletahnya selalu mencuit hati dan menghiburkan. Tapi bila dia buat perangai kadang-kadang boleh menguji minda dan kesabaran.

my half soul


Bagi memulakan hasil karya saya dalam blog ini, saya mulakan dengan memperkenalkan ahli keluarga saya. Ini ialah seorang insan yang bernama NUR FARIZAN ADNAN yang dilahirkan di Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai ejan.
Beliau telah mengisi kekosongan hidup saya sebagai seorang isteri. Maka lengkap lah kehidupan saya dengan kehadiran ejan.
Kami telah bertemu sejak NOV 1997 dimana ketika itu saya sebagai senior di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi S. Alam dan ejan sebagai junior. Tetapi pada waktu itu cuma sebagai senior dan junior, tiada apa yang istimewanya pun kerana pada waktu itu saya sibuk dengan pasangan (awek) cinta monyet le katakan.
Pertemuan yang amat bermakna buat saya dan ejan ialah selepas kami menamatkan pengajian kami (ini cinta lepas belajar le ni). Sewaktu saya mula berkhidmat di Hotel Equatorial Penang sebagai Gym Manager. Maka dari saat itu mula lah membibitkan rasa cinta diantara kami dan seterusnya ke jinjang pelamin hingga lah ke saat ini. Dari hasil hubungan kami maka lahir lah dua putera kami iaitu SYED QUWAIDIR SHAH & SYED QUSYAIRY SHAH yang akan saya perkenalkan kelak.